Dari dulu lagi, pembaca akan tertanya soalan pendek dan simple tetapi tiada jawapan pendek dan bukan mudah untuk dijawab iaitu: Bagaimana untuk memulakan sebuah blog?

 

Ia sebenarnya tidaklah sukar, tetapi terdapat banyak maklumat bercanggah dan mengelirukan di luar sana. Artikel ini akan menunjukkan bagaimana untuk memulakan blog dengan mudah supaya anda boleh menghabiskan masa yang kurang memikirkan tentang butiran-butiran dan lebih banyak luangkan masa pada mencipta konten baru anda.

 

Tentukan nama blog anda.

 

Sambil memutuskan nama blog anda, pada masa yang sama anda perlu menentukan sama ada anda mahu blog anda di hos sendiri, atau jika anda lebih suka pergi kepada alternatif percuma — Terdapat 2 langkah. Jika anda pergi dengan alternatif percuma, alamat blog anda akan terlihat seperti ini:

 

l blogsaya.syarikatyangmenghosblogsaya.com

 

Jika di hos sendiri:

 

l blogsaya.com

 

Jika anda tidak benar-benar perlu untuk mempunyai nama blog yang mudah disebut, maka mungkin alternatif percuma adalah sesuai untuk anda.

1. Pilih platform blog.

 

Platform yang pada dasarnya adalah perisian yang digunakan untuk menjalankan blog anda. Terdapat beberapa perkhidmatan di luar sana seperti Squarespace, Blogger, Tumblr, Wordpress dan sebagainya. Pilih platform blog yang sesuai dengan anda.

 

2. Reka bentuk blog anda.

 

Berikut adalah beberapa tips ringkas mengenai reka bentuk blog:

 

l Simple adalah berjuta kali lebih baik daripada nampak semak atau kelihatan seperti pasar malam. Banyak ruangan putih adalah kunci untuk pembacaan.

l Biar latar belakang putih dan teks berwarna hitam atau kelabu gelap.

l Utamakan typography yang baik (fonts).

l Letakkan apa yang perlu sahaja — hanya kerana terdapat sebuah widget bukan bererti anda memerlukannya.

 

Dan akhirnya, fikir tentang "panggilan untuk tindakan - call to action": apa yang anda ingin pembaca anda lakukan? Melanggan 'feed' anda, meninggalkan komen pada posting anda, ikut anda di Instagram, menyemak halaman tertentu di blog anda? Buatkan ia mudah untuk pembaca anda melihatnya dan untuk melakukan ‘engagement’.

 

Mencipta konten blog anda.

 

Dan akhir sekali, ia adalah bahagian yang anda akan menghabiskan majoriti masa anda melakukannya sebagai seorang blogger: menulis konten blog anda.

 

Beberapa tips tentang konten:

l Konsisten adalah lebih penting daripada kekerapan. Anda tidak perlu pos setiap hari, tetapi jika anda ingin mengumpul pembaca, tulislah dengan kerap buat permulaan. Mulakan dengan satu atau dua posting blog dalam seminggu.

 

l Buat posting blog anda dalam 500 hingga 1000 perkataan.

 

l Buat perenggan dalam penulisan posting blog anda.

 

l Pastikan ada gambar sekurang-kurangnya satu dalam setiap posting blog anda.

 

Apa yang anda tunggukan lagi, mulakan blog anda sekarang. Blog memerlukan masa untuk matang dalam enjin carian, jadi jika anda tidak melakukan sekarang nanti anda terpaksa menunggu agak lama untuk blog anda keluar dan mempunyai kedudukan dalam enjin carian di masa hadapan.